Showing posts with label LivingWithYLEO. Show all posts
Showing posts with label LivingWithYLEO. Show all posts

Saturday, September 3, 2022

Kulit Ruam? Terasa Pedih? Gatal?

Pernah tak bila pakai oils, tetiba rasa rengsa? Rasa pedih dah kulit jadi merah-merah? Itu tandanya kulit kita tak tahan dengan tahap kepanasan oils yang kita guna.


Macam mana kita nak buat bila berhadapan situasi ni?

Bila guna essential oil, kena tahu yang kita sentiasa kena prepare carrier oil. Carrier oil ni adalah apa sahaja minyak sayuran yang digunakan untuk mencairkan kepekatan minyak pati. Saya gunakan V6.

V6 ni ada 6 jenis minyak sayur dalamnya. Tak melekit, tak ada bau. Sangat sesuai untuk semua.

Dalam team saya, pernah sekali dia cakap dia memang kena dilute semua essential oils yang dia nak sapu sebab kulit dia sangat sensitif.

Sama juga bila kita nak gunakan pada anak-anak. Kulit anak-anak ni tak sama macam kulit kita kan, maka sentiasa try dahulu.

Caranya, ambil sedikit dan sapu. Kalau Nampak kulit tu rengsa, kemerahan atau gatal – maka dilute dulu. Ada setengah orang dia suka sapu dulu V6 dulu diikuti dengan titis oils yang kita nak. Ada pula yang campur sesiap.

Saya lebih suka kaedah pertama melainkan saya memang buat blend seperti Wellness Blend, Focus Blend ke.

Dalam gambar ni adalah botol comel si V6 58ml yang ada dalam set Premex untuk ahli baru. Saya sukaaaa sebab dia paling comel dan kiut serta praktikal bila nak travelling untuk bawa. Ini cuti sekolah dah bermula, nak berjalan kemana-mana jangan lupa dengan oils tau.

Harap korang dapat sesuatu hari ni.

Oiling with love & gratitude,
Puteri Nuur At-Terawis




Monday, October 8, 2018

Young Living Essential Oils Melegakan Kesan Sampingan Selepas Kimoterapi

MEMBERI - SATU NIKMAT KEPUASAN HATI.
****************************************************
.
Malam ini, saya ketemu makcik pengidap Barah Paru-paru. Saya hadiahkan buatnya Peppermint. Dia beritahu, kesan selepas Chemo sangat tidak selesa. Dia sering pening dan loya. Saya hadiahkan Peppermint padanya untuk membantu dia menangani ketidak selesaan selepas chemo. Bau pudina mampu menyegarkan. Saya ajar dia bagaimana untuk hidu Peppermint. Dia cakap kesan selepas chemo, panas. Katanya, mandi waktu pagi kalau boleh mahu duduk sahaja dibawah shower.
.
Dia juga ceritakan pada saya, hujung jarinya ada masa sudah terasa kebas-kebas. Saya bawakan juga Lemongrass. Lemongrass ini serai. Bagus untuk kita sapu pada urat - membantu mengurangkan rasa kebas. Makcik kata dia suka bau serai. Alhamdulillah.
.
Saya juga, hadiahkan padanya Lavender. Saya pesan padanya, ini untuk diffuse sebelum tidur. Untuk makcik rehat dan mendapatkan tidur yang terbaik.
.
Terakhir, saya bawakan khas dari US - Breathe Again. Ini memang khas digunakan jika makcik ada mengalami rasa tidak selesa untuk bernafas.
.

Image may contain: drink

Keempat-empat essential oils ini TIDAK MAMPU MENYEMBUHKAN BARAH. Apa yang saya cuba sedaya upaya adalah membantu makcik mengatasi ketidakselesaan yang dihadapi. Saya juga berjanji, insya Allah saya akan datang buatkan Raindrop Technique (RDT) padanya nanti.
.
Terima kasih pada support group #JomOiling yang membantu saya untuk membuat pemilihan oils tadi. Makcik ini saya hormat pada atas kebaikan dan kelembutannya. Saya doakan makcik dimudahkan urusan.
.
Nikmat memberi apabila kita tidak langsung mengharapkan sesuatu sebagai balasan. Puas. Memberi - satu nikmat kepuasan hati.
.
#incredibleoilylife


Korang nak tahu lagi banyak, boleh klik sini. tiny.cc/incredibleoilylife

Sunday, October 7, 2018

Essential Oils Paling Berdosa!

APA TAKNYA, SUBUH GAJAH KORANG!
******************************************************
Semalam masa sesi mengopi dengan Kak Baya, Mars, Yatie & Kak Su ada sebut pasal Rutavala Essential Oil Blends.
.
Image result for rutavala essential oil young living
Saya pernah guna. Diffuse sebelum tidur. Hasilnya tidur yang bagus, deep sleep. Bangun pagi dah subuh gajah. Haaaa. Paling berdosa!
.
Semalam juga Kak Baya buka botol Rutavala nya. Sebelum tidur, dia ada update di Facebook kata baunya. Dan pagi ni dia reply.
.
"MEMANG BERDOSA MINYAK NI WEI!" Hahahahhaa. Memang tidur lena habis. Saya dulu cuba guna Rutavala bila Lope ada masalah untuk tidur malam.
.
Tidur malam adalah salah satu kunci kepada kesejahteraan dan keharmonian badan. Badan perlu rehat yang cukup. Alhamdulillah, Rutavala membantu. Setiap bulan Rutavala akan masuk dalam pembelian Essential Rewards saya.
.
Image may contain: 3 people, including E-ja Yaacob, people smiling, text

Saturday, October 6, 2018

Bisnes dengan Young Living - dimana ingin bermula?

Hari ini secara spontan, bila Nurbaya Khay Hamsan ajak lepak santai kat rumah dia utk discuss pasal Young Living Business, terus kita on! Ajak juga Nurhayati Hashim Maryam Seth Nur Suria Nur Alam Bam! Jumpa terus. Kalau plan, bukan main susah nak jumpa.
.
Masa jumpa, perkara paling basic korang nak grow adalah "kenali pejabat anda". Pejabat kat sini bererti Virtual Office (VO). Slps VO, tunjukkan cara macam mana nak raih pendapatan yang boom! Bagusnya Yatt, terus enrol PSK + Gentle Baby & Cedarwood. Wow! A good start. Pandai mak dia Farrah Fadil ajar ni 😍
.
Alhamdulillah. Ketiga-tiga mereka tengah aim a spot to #silver19 tau. Masa di Utah bulan lalu, saya visualisekan mereka akan berada di sana tahun hadapan. Dalam Young Living atau mana-mana sahaja perniagaan yang anda ingin ceburi, syarat ini adalah wajib anda ada:
.
 semangat yang tidak luntur
 modal utk memulakan perniagaan
 usaha 200%
 kreativiti, keikhlasan & target
 minta pada Allah
.
Kalau anda dah ada kesemua di atas - anda akan berjaya. Good luck, team!
.
Next, kita jumpa lebih ramai lagi mengopi - Min Md Hulifah E-ja Yaacob Nu Er Sha Siti Nur Faezah Norazila Bajuri Atika Ezaura Fahiya Mohamad (ku lupa call mu!) Hani Rahim Siti Norashidah Osman .
.
Kami orang-orang yang tak join rally macam ni lah. Tengok kemeriahan rally patutnya Kak Baya apply juga jadi host. Hahahaha. 5 orang dah lepas dah nak buat rally weh. 🤣
.
.
Image may contain: 5 people, including Nurhayati Hashim and Maryam Seth, people smiling, people sitting and indoor

Image may contain: 2 people, including Maryam Seth, people sitting and indoor

Image may contain: one or more people and people sitting

Korang nak tahu lagi banyak, boleh klik sini. tiny.cc/incredibleoilylife

Friday, January 19, 2018

RACE TO THE FINISH


Bermula 1 Oktober 2017 dan berakhir pada 31 Disember 2017, Young Living menganjurkan satu pertandingan “Race To The Finish” untuk semua ahli Young Living di seluruh dunia. Siapa yang menang akan mendapat percutian ditaja ke Hawaii.

Saya juga mencuba nasib, namun rezeki memang tak lepas lah nak ke Hawaii. Heee. Tapi, masih ada rezeki lagi kerana untuk Malaysia Chapter, Young Living masih lagi bagi hadiah untuk 50 terbaik dari Malaysia. Rezeki saya, sangkut ditangga ke-38.



Alhamdulillah. Terima kasih, Young Living!



Hadiah yang saya menangi adalah berupa RM1,000 kredit yang boleh digunakan untuk tiket kapal terbang / hotel bagi menghadiri Young Living Asia Pacific Regional Convention 2018 (APAC) di Kuala Lumpur Convention Centre pada 23-25 Februari.


Memandangkan saya akan menghadiri APAC selama 3 hari, maka saya akan menyewa sebuah service apartment bilik 3 di sekitar KLCC. Tak jadilah nak tinggal di Traders Hotel dengan para peserta yang lain, sebab saya akan angkut LopePhia & Co. untuk sertai weekend gateaway nanti.

Nak sertai saya  dan alami kebaikan minyak pati?




Sunday, January 7, 2018

DIY Minyak Wangi dengan menggunakan Young Living Essential Oils


.
Malam ni try buat perfume menggunakan Young Living Essential Oils. Gunakan beberapa gabungan minyak pati bunga, kayu kayan dan citrus.
.
Ya Allah, wangi! Saya perlukan banyak oil kewanitaan bagi membantu masalah hormon, jadi saya gunakan Rose, Geranium, YlangYlang. Saya guna Vetiver untuk calming dan juga, sebab saya sukakan bau "woody" Frankincense dan Patchouli untuk #kachingkaching 🤑🤑🤑
.
Mula-mula bau, test kat hubster dan bibik. Hubster kata wangi. Bibik cakap bau Rose. Tapi, lama-lama baunya semakin harum. Bau tak kuat sangat. Tiada bahan sintetik. Cukup sahaja bau untuk diri sendiri. Nanti kita buatkan perfume utk hubster plak. Heee.
.
Gitulah, guna essential oils ni versatil, pelbagai guna. 100% therapeutic grade. Suka. Suka. 
.
Nak buat perfume sendiri juga? Check out this link:
DIY Minyak Wangi Menggunakan Young Living Essential Oils
.
#incredibleoilylife

Saturday, December 9, 2017

Menuju Rumah Bebas Kimia dengan Kidscent Produk dari Young Living

Re-stock ubat gigi, mandian dan shampoo di bilik air Lope & Sophia. Bilik mandi Lope di bawah & bilik mandi Sophia di atas.
.
Ubat gigi tu sebelum ni Lope & Phia guna Kidscent™ Toothpaste, tapi ada satu musim ubat gigi ni lama sangat out of stock di Young Living, tak sanggup diaorang guna ubat gigi yang berflorida, jadi kasi guna Thieves™ Aromabright Toothpaste. Rasa cengkih, masin sikit-sikit. Okey je budak dua orang tu guna. Teringat masa kecik dulu pun, Cik (emak saya) akan tumbuk cengkih dan garam bila sakit gigi. Young Living kasi lebih mudahlah. Hee. Tiap hari guna cengkih dan garam.
.
Kidscent™ Shampoo & Kidscent™ Bath Gel kat rumah ni kena restock setiap 1.5 bulan. Tak payah pakai banyak pun. Bagi Lope yg kulit sensitif, dah banyak kali tukar sana sini mandian. Ada yang tulis recommended by dermatologist pun ada, tapi tak ada yang betul-betul sesuai dengan Lope sampailah saya guna Kidscent™ bermula awal tahun ni. Guna secara istiqamah. Alhamdulillah. Bukan takat Lope & Sophia je, saya pun sama kalau dah TERmandi kat bilik air diaorang. Nak lagi mudah, saya gunakan pump yang kat botol V6 tu. Gunting sikit kat bawahnya. Kalau main curah-curah, seminggu habislah sebotol ni. 😅😅
.
Saya memang berusaha untuk menuju #RumahBebasKimia #chemicalfreehome jadi apa yang saya gunakan untuk keluarga dan diri sendiri saya letak keutamaan. Nak tukar serentak memang sukar, jadi kurangkan kat mana yang boleh. 
.
Ini saya kongsi tips dari The World Counts - A Chemical World

How to avoid these toxic chemicals at home?
  • Buy fresh and organic produce as often as possible
  • Avoid using chemical based insecticides at home. There are safer alternatives in the market today. You can also look for safer alternatives here.
  • Use natural cleaning products in your home.
  • Use BPA and phthalate free plastics.
  • Find the Paraben Free label in your cosmetics and skin care products.
  • Choose natural brands for your toiletries.
  • Avoid using PVC material and use more natural materials such as cotton wood, linen, bamboo or hemp.
  • Keep your home well ventilated.


Bulan ini, Young Living kasi offer untuk set "Happy Kids Set" yang ada:
😇 Kidscent™ Bath Gel
😇 Kidscent™ Lotion
😇 Kidscent™ Shampoo
.
Harga Retail: RM338.15
Harga Ahli (bukan promo): RM257.00
Harga Promo Disember 2017: RM231.30
.

Wednesday, December 6, 2017

Young Living Malaysia - December 2017 Special.

Lambat sungguh nak update promo bulan Disember ni. Akhir tahun macam-macam ada. Promo dari Young Living bulan terakhir di tahun 2017 kan haruslah awesome. 

Macam biasa, siapa yang beli banyak akan dapat banyak free gift tau. Kalau tang free gift ni cerah bijik mata hakak dik non. Ini secara rumusan apa yang akan korang dapat bila cecah certain PV.

Eh, tak tahu apa PV?
Klik sini, hakak cite meh.


Lepas tu, sebab ini adalah season to be jolly, maka Young Living juga buat promo untuk hadiah-hadiah awesome gils. Contoh macam HER SET ni.




HER SET ni, santek kot. Kaler putih biru ala-ala frozen gitu. Bila korang pakai ni, bau essential oil aje. Titis essential oils kegemaran korang kat cotton ball ni. Eh, cantik tau. 


Again, kalau nak purchase dan nak tanya macam mana, bolehlah klik sini. 

Hakak sedia berkhidmat.


Ini antara offer menarik bulan ni. The Gift ni baru masuk pasaran Malaya.


Hope ni pulak sebelum ni ada bagi masa promo bulanan, ini baru masuk pasaran Malaya juga.

Rattan stick tu menarik.


Ini antara ahli  tim #IncredibleOilyLife share macam mana gunanya. Bau semerbakkk.


Beli set ni, dapat bantal free. Hakak suka himpun barang merapu Young Living ni.




Ini antara yang wajib ada untuk anak korang. Hakak memang restock setiap 2 bulan sekali. Masuk dalam ER. #chemicalfreehome



Kalau korang nak jadi ahli, meh lah borak dengan kita dulu. Bulan ni sesiapa yang daftar ahli dengan kita dengan Premium Starter Kit with Dewdrop Diffuser (macam gambar kat bawah) kita akan bagi free gift dan free shipping.


Nak daftar ahli, senang je. Klik link ni. 

Nanti bila dah daftar, kita akan contact uolls tau.

Okey, tata titu titi.

Masa terbaik nak jadi ahli YL adalah SEKARANG!

  Untuk tindakan serta merta!   Sah sehingga 30 September 2022 aje tau. Sesekali aje Young Living Malaysia akan keluarkan MEO tau, jadi bila...