Saturday, September 3, 2022

Kulit Ruam? Terasa Pedih? Gatal?

Pernah tak bila pakai oils, tetiba rasa rengsa? Rasa pedih dah kulit jadi merah-merah? Itu tandanya kulit kita tak tahan dengan tahap kepanasan oils yang kita guna.


Macam mana kita nak buat bila berhadapan situasi ni?

Bila guna essential oil, kena tahu yang kita sentiasa kena prepare carrier oil. Carrier oil ni adalah apa sahaja minyak sayuran yang digunakan untuk mencairkan kepekatan minyak pati. Saya gunakan V6.

V6 ni ada 6 jenis minyak sayur dalamnya. Tak melekit, tak ada bau. Sangat sesuai untuk semua.

Dalam team saya, pernah sekali dia cakap dia memang kena dilute semua essential oils yang dia nak sapu sebab kulit dia sangat sensitif.

Sama juga bila kita nak gunakan pada anak-anak. Kulit anak-anak ni tak sama macam kulit kita kan, maka sentiasa try dahulu.

Caranya, ambil sedikit dan sapu. Kalau Nampak kulit tu rengsa, kemerahan atau gatal – maka dilute dulu. Ada setengah orang dia suka sapu dulu V6 dulu diikuti dengan titis oils yang kita nak. Ada pula yang campur sesiap.

Saya lebih suka kaedah pertama melainkan saya memang buat blend seperti Wellness Blend, Focus Blend ke.

Dalam gambar ni adalah botol comel si V6 58ml yang ada dalam set Premex untuk ahli baru. Saya sukaaaa sebab dia paling comel dan kiut serta praktikal bila nak travelling untuk bawa. Ini cuti sekolah dah bermula, nak berjalan kemana-mana jangan lupa dengan oils tau.

Harap korang dapat sesuatu hari ni.

Oiling with love & gratitude,
Puteri Nuur At-Terawis




No comments:

Post a Comment

Masa terbaik nak jadi ahli YL adalah SEKARANG!

  Untuk tindakan serta merta!   Sah sehingga 30 September 2022 aje tau. Sesekali aje Young Living Malaysia akan keluarkan MEO tau, jadi bila...