Saturday, September 3, 2022

Dah minum air kosong?

 


Berapa banyak korang minum air setiap hari?

Memang jenis suka minum air?

Atau minum bila haus sahaja?

 

Ini adalah petua pengiraan air kosong yang kita perlu minum.

 

Unit ml =  (40 X berat badan dalam kg) + 500 ml

 

Contoh pengiraan:

Berat badan 75kg.

 

(40 X 75) + 500 = 3500 ml

Kalau berat badan 75kg, makanya air yang paling minimum perlu minum adalah 3500ml. Ini tak termasuk kuah, sup dan air manis yang kita ambil, air kosong sahaja.

Kalau korang sejenis yang suka minum air manis, maka kena ada tambahan lagi sekali ganda dari apa air berperisa yang korang minum. Pendek kata, apa kata kita tak payah minum air berperisa? Kalau nak minum pun kosong tanpa gula. Cubalah, sedap juga dan pilihan yang lebih sihat.

Sebenarnya tak susah untuk minum air kosong yang banyak. Kita Cuma perlu minum sedikit demi sedikit setiap masa, kalau lupa – buat reminder. Sekarang ni ramai yang dah pakai smart watch kan, selalunya smart watch dilengkapi dengan “drink-water-reminder” – maka cubalah set setiap 30 minit untuk minum ke bergantung kepada kesesuaian. Kadang kala, kalau kita ralit sangat pun boleh lupa sebab “badan” kita tak minta nak minum melainkan kita terlampau haus.

Jangan lupa juga untuk gunakan botol yang ada sukatan untuk kita tahu dah berapa banyak kita minum. Contohnya, botol 500ml ke. Kalau perlu minum 3500ml , maka pastikan dari buka mata pagi hingga kita tidur malam, kita genapkan 7 botol x 500ml air.

Kelebihan minum air kosong semestinya banyak khasiat. Ini antara 7 khasiat yang kita akan dapat bila kita minum air kosong.

  • Kurang rasa lapar, secara automatik kita akan kurang makan. Ini sangat yeay untuk kita.
  • Kita supply air yang secukupnya untuk buah pinggang. Buah pinggang ni bila ada air yang cukup dia akan proses seeloknya lelemaks yang ada dibadan. Yeay juga!
  • Senang nak lawas untuk aktiviti pembuangan. Apa sahaja yang dibuang dalam proses ini adalah bagus sebab badan kita dah keluarkan.
  • Kita jadi lebih subur. Aiwah, macam nak bercucuk tanam pun, kalau tanah tu kering macam mana kita nak menyemai, kan?
  • Lancarkan sistem pencernaan kita – lebih senang nak keluar peluh, nak membuang dan segala jenis bentuk pencernaan dibadan
  • Kulit lebih cantik bila dah tak kering dan lembap
  • Badan lebih segar dan sihat

Tapi, tapi, tapi..

Ikut saranan doctor sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang yang mana tidak boleh minum air yang banyak. Ok?

Dapat sesuatu hari ini?

Oiling With Love & Gratitude,

Puteri Nuur At-Terawis

No comments:

Post a Comment

Masa terbaik nak jadi ahli YL adalah SEKARANG!

  Untuk tindakan serta merta!   Sah sehingga 30 September 2022 aje tau. Sesekali aje Young Living Malaysia akan keluarkan MEO tau, jadi bila...