Monday, October 8, 2018

Young Living Essential Oils Melegakan Kesan Sampingan Selepas Kimoterapi

MEMBERI - SATU NIKMAT KEPUASAN HATI.
****************************************************
.
Malam ini, saya ketemu makcik pengidap Barah Paru-paru. Saya hadiahkan buatnya Peppermint. Dia beritahu, kesan selepas Chemo sangat tidak selesa. Dia sering pening dan loya. Saya hadiahkan Peppermint padanya untuk membantu dia menangani ketidak selesaan selepas chemo. Bau pudina mampu menyegarkan. Saya ajar dia bagaimana untuk hidu Peppermint. Dia cakap kesan selepas chemo, panas. Katanya, mandi waktu pagi kalau boleh mahu duduk sahaja dibawah shower.
.
Dia juga ceritakan pada saya, hujung jarinya ada masa sudah terasa kebas-kebas. Saya bawakan juga Lemongrass. Lemongrass ini serai. Bagus untuk kita sapu pada urat - membantu mengurangkan rasa kebas. Makcik kata dia suka bau serai. Alhamdulillah.
.
Saya juga, hadiahkan padanya Lavender. Saya pesan padanya, ini untuk diffuse sebelum tidur. Untuk makcik rehat dan mendapatkan tidur yang terbaik.
.
Terakhir, saya bawakan khas dari US - Breathe Again. Ini memang khas digunakan jika makcik ada mengalami rasa tidak selesa untuk bernafas.
.

Image may contain: drink

Keempat-empat essential oils ini TIDAK MAMPU MENYEMBUHKAN BARAH. Apa yang saya cuba sedaya upaya adalah membantu makcik mengatasi ketidakselesaan yang dihadapi. Saya juga berjanji, insya Allah saya akan datang buatkan Raindrop Technique (RDT) padanya nanti.
.
Terima kasih pada support group #JomOiling yang membantu saya untuk membuat pemilihan oils tadi. Makcik ini saya hormat pada atas kebaikan dan kelembutannya. Saya doakan makcik dimudahkan urusan.
.
Nikmat memberi apabila kita tidak langsung mengharapkan sesuatu sebagai balasan. Puas. Memberi - satu nikmat kepuasan hati.
.
#incredibleoilylife


Korang nak tahu lagi banyak, boleh klik sini. tiny.cc/incredibleoilylife

No comments:

Post a Comment

Masa terbaik nak jadi ahli YL adalah SEKARANG!

  Untuk tindakan serta merta!   Sah sehingga 30 September 2022 aje tau. Sesekali aje Young Living Malaysia akan keluarkan MEO tau, jadi bila...