Showing posts with label IncredibleOilyLife. Show all posts
Showing posts with label IncredibleOilyLife. Show all posts

Monday, September 26, 2022

Masa terbaik nak jadi ahli YL adalah SEKARANG!

 

Untuk tindakan serta merta! 

Sah sehingga 30 September 2022 aje tau.

Sesekali aje Young Living Malaysia akan keluarkan MEO tau, jadi bila MEO ni keluar, haruslah kena grab dengan secepat mungkin! 



MEO ni apa?

Minimum Enrolment Order. 

Mudah fahamnya macam ni.

Dalam keadaan biasa, nak jadi ahli Young Living kita kena pilih Premium Experience Kit (PREMEX) yang mana ada beberapa range harga dari RM1200 sampailah serendah RM675. Nak jadi ahli wajib kena beli set ni.

Tapi tapi tapi..

Bila Young Living Malaysia sesekali bermurah hati dan buka offer untuk MEO ni, nak jadi ahli serendah RM475 saje gais! Bestnya. Pakej yang ditawarkan sangat-sangat basic. Ada antara 4-6 botol minyak. Semua selection yang bagus-bagus untuk kegunaan seisi keluarga. 




So, tunggu apa lagi? Jangan lambat nanti terlepas!

Sila DM @ whatsapp sahaja nombor kita ya. Berdesup kita assist korang nak jadi ahli @ nak aktifkan semula keahlian. Bila jadi ahli, kita akan guide macam mana nak guna untuk fizikal, emosi, DIY dan lebih dari itu. Bonus bonus lagi, ada token menanti anda bila anda sertai sahaja #incredibleoilylife! 

See you soon, my new member and welcome back, my existing member!

 

Love,

@puterinuur.yleo

Sharing with love and gratitude.

Tuesday, September 20, 2022

Briskwalk? Bagus ke?

Semenjak dua menjak ni, saya mula paksa diri dan cari masa untuk buat briskwalk. Saya cuba juga push diri buat 3-4 kali dalam seminggu. Isnin dan Khamis – saya off sebab saya berpuasa. Selasa, Rabu dan Khamis saya buat selepas balik pejabat. Sabtu dan Ahad – saya buat waktu pagi sebelum jam 9.


✅ Korang tahu ke apa dia brisk walk ni?
Brisk walk ni adalah berjalan dengan cepat, bila buat brisk walk ni kalau nak tahu dah capai matlamat ke tak, cuba menyanyi sambil berjalan. Kalau korang berjalan tu sambil boleh menyanyi, maksudnya tak cukup lajulah tu. Maksudnya bukan juga macam kita jalan macam dalam IOI City Mall tu, dok window shopping. Hehehhe. Paling best, brisk walking ni free. Berjalan je lah mudahnya.

✅ Kenapa brisk walk?
Brisk walk ni dah masuk dalam kategori aerobic berintensiti rendah. Ini paling sesuai untuk orang-orang obes, senior citizen dan orang yang ada masalah jantung untuk buat. Brisk walk ni aktiviti kardio terbaik untuk kita bakar lemah especially orang over weight macam yours truly ni. Mengikut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) US, brisk walk ni dikategorikan sebagai aktiviti yang mampu buat kita berpeluh dan meningkatkan kadar heart rate kita.

Brisk walk ni ada 2 key point yang kita kena faham.

πŸ‘‰Point pertama:
Kena jalan laju-laju sampai heart rate kita meningkat dan memasuki zon pembakaran lemak.

πŸ‘‰Point kedua:
Make sure kena berjalan lebih lama, so that kita akan guna gula yang berada dalam dalam badan, dan kita akan bakar lemak yang ada.

✅ Tempoh masa yang sesuai untuk brisk walk?
Boleh buat setiap hari, at least 30 minit. Paling berkesan buat 45 minit hingga 1 jam.

πŸ‘‰15 minit pertama - baru warm up
πŸ‘‰15 minit kedua - body heat
πŸ‘‰After 45 minutes, lemak dalam badan baru nak start panas
πŸ‘‰1 jam - yes peluh mula keluar sbb lemak dalam badan dah panas dan mula pecah.

Thanks Kak Shasha share info ni 😊

So, jom briskwalk! Jangan lupa follow saya di Instagram untuk banyak lagi update mengenai Briskwalk di bawah Highlight "Walk For Life"


Sharing with love and gratitude.

Saturday, September 3, 2022

Dah minum air kosong?

 


Berapa banyak korang minum air setiap hari?

Memang jenis suka minum air?

Atau minum bila haus sahaja?

 

Ini adalah petua pengiraan air kosong yang kita perlu minum.

 

Unit ml =  (40 X berat badan dalam kg) + 500 ml

 

Contoh pengiraan:

Berat badan 75kg.

 

(40 X 75) + 500 = 3500 ml

Kalau berat badan 75kg, makanya air yang paling minimum perlu minum adalah 3500ml. Ini tak termasuk kuah, sup dan air manis yang kita ambil, air kosong sahaja.

Kalau korang sejenis yang suka minum air manis, maka kena ada tambahan lagi sekali ganda dari apa air berperisa yang korang minum. Pendek kata, apa kata kita tak payah minum air berperisa? Kalau nak minum pun kosong tanpa gula. Cubalah, sedap juga dan pilihan yang lebih sihat.

Sebenarnya tak susah untuk minum air kosong yang banyak. Kita Cuma perlu minum sedikit demi sedikit setiap masa, kalau lupa – buat reminder. Sekarang ni ramai yang dah pakai smart watch kan, selalunya smart watch dilengkapi dengan “drink-water-reminder” – maka cubalah set setiap 30 minit untuk minum ke bergantung kepada kesesuaian. Kadang kala, kalau kita ralit sangat pun boleh lupa sebab “badan” kita tak minta nak minum melainkan kita terlampau haus.

Jangan lupa juga untuk gunakan botol yang ada sukatan untuk kita tahu dah berapa banyak kita minum. Contohnya, botol 500ml ke. Kalau perlu minum 3500ml , maka pastikan dari buka mata pagi hingga kita tidur malam, kita genapkan 7 botol x 500ml air.

Kelebihan minum air kosong semestinya banyak khasiat. Ini antara 7 khasiat yang kita akan dapat bila kita minum air kosong.

  • Kurang rasa lapar, secara automatik kita akan kurang makan. Ini sangat yeay untuk kita.
  • Kita supply air yang secukupnya untuk buah pinggang. Buah pinggang ni bila ada air yang cukup dia akan proses seeloknya lelemaks yang ada dibadan. Yeay juga!
  • Senang nak lawas untuk aktiviti pembuangan. Apa sahaja yang dibuang dalam proses ini adalah bagus sebab badan kita dah keluarkan.
  • Kita jadi lebih subur. Aiwah, macam nak bercucuk tanam pun, kalau tanah tu kering macam mana kita nak menyemai, kan?
  • Lancarkan sistem pencernaan kita – lebih senang nak keluar peluh, nak membuang dan segala jenis bentuk pencernaan dibadan
  • Kulit lebih cantik bila dah tak kering dan lembap
  • Badan lebih segar dan sihat

Tapi, tapi, tapi..

Ikut saranan doctor sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang yang mana tidak boleh minum air yang banyak. Ok?

Dapat sesuatu hari ini?

Oiling With Love & Gratitude,

Puteri Nuur At-Terawis

Cuci Buah Dan Sayur Sebersihnya!

"Sue, malam ni nak dinner apa?” – hubster.

“Mama, bekal Phia esok apa?” – anak pompuan.

Masak = Mama.
Salah satu senjata nak sediakan makanan kat rumah ni kenalah dari sumber yang bersih. Beli sayur, beli buah – kena cuci. Buah dan sayur ni, kena cuci nanti ada lah tanah masih ada (macam saya beli kangkong), ada lapisan lilin kat bebuah. Masa kekecik dulu, kalau kat rumah Cik, ada je Cik masuk garam sikit dan cuci.

Sekarang ni, hidup lebih simple dan lebih mudah. Saya suka guna Thieves Fruit & Vege Soak (F&V Soak) ni. Dalamnya diadun dengan 3 jenis oils – ada Digize, ada Thieves dan ada Purification. Bila rendam pakai F&V Soak ni, akan nampak air rendaman tu lebih berminyak, ada kekotoran yang banyak dan ada kalanya ada pasir hasil dari sayur-sayuran.


Cara guna:
Mudah je. 
Isi air dalam besen dan campurlah 1 penutup kecik F&V Soak.
Masukkan buah dalam 2-3 minit.
Drain keluar air, siram balik dengan air dan dah boleh makan buah/sayur.

Kat rumah ni, kami suka beli Lemon sebab hubster suka minum lemonade. Lemonade dengan kulit-kulit kami crush, maka memang saya pastikan buahan dibasuh bersih sungguh-sungguh.

Baru boleh minum tanpa was-was. Hehehe. Bukan minum dengan lapisan lilin. Hehehe.

Harap korang dapat sesuatu hari ni.

Oiling with love & gratitude,
Puteri Nuur At-Terawis

Kulit Ruam? Terasa Pedih? Gatal?

Pernah tak bila pakai oils, tetiba rasa rengsa? Rasa pedih dah kulit jadi merah-merah? Itu tandanya kulit kita tak tahan dengan tahap kepanasan oils yang kita guna.


Macam mana kita nak buat bila berhadapan situasi ni?

Bila guna essential oil, kena tahu yang kita sentiasa kena prepare carrier oil. Carrier oil ni adalah apa sahaja minyak sayuran yang digunakan untuk mencairkan kepekatan minyak pati. Saya gunakan V6.

V6 ni ada 6 jenis minyak sayur dalamnya. Tak melekit, tak ada bau. Sangat sesuai untuk semua.

Dalam team saya, pernah sekali dia cakap dia memang kena dilute semua essential oils yang dia nak sapu sebab kulit dia sangat sensitif.

Sama juga bila kita nak gunakan pada anak-anak. Kulit anak-anak ni tak sama macam kulit kita kan, maka sentiasa try dahulu.

Caranya, ambil sedikit dan sapu. Kalau Nampak kulit tu rengsa, kemerahan atau gatal – maka dilute dulu. Ada setengah orang dia suka sapu dulu V6 dulu diikuti dengan titis oils yang kita nak. Ada pula yang campur sesiap.

Saya lebih suka kaedah pertama melainkan saya memang buat blend seperti Wellness Blend, Focus Blend ke.

Dalam gambar ni adalah botol comel si V6 58ml yang ada dalam set Premex untuk ahli baru. Saya sukaaaa sebab dia paling comel dan kiut serta praktikal bila nak travelling untuk bawa. Ini cuti sekolah dah bermula, nak berjalan kemana-mana jangan lupa dengan oils tau.

Harap korang dapat sesuatu hari ni.

Oiling with love & gratitude,
Puteri Nuur At-Terawis




Monday, February 15, 2021

Slique Tea Cinnamon Oolong Cacao - nyaman!

 

Ini untuk hilangkan rasa nak mengunyah yang tak henti.

.

Teh rasa kayu manis, ada sikit rasa nutmeg, ada juga rasa vanilla + daun teh jade.

.

Didihkan air . 1 uncang letak dalam jug kapasiti 500ml. Minum perlahan-lahan sambil supervise anak prep malam.

.


Mulut rasa wangi. Nyum nyum.

.

Minum panas-panas rasa hilang haus. Perut pun rasa selesa sangat. Sesuai sangat untuk orang macam saya πŸ˜

Love,

Puteri Nuur
Oiling with gratitude and love.
Contact me now : https://linktr.ee/puterinuur.yleo   



Peppermint Essential Oil - serba guna boleh!

 


Peppermint - serba guna boleh!

Tengah buat kerja di pejabat, tiba-tiba gigi geraham berdenyut. Sakitnya tak dapat nak digambarkan dengan perkataan. Rasa nak menggelupur macam tu.

Buka handbag tengok apa yang ada.

Botol kecil, tilik punya tilik, botol Magnify Your Purpose rupanya.

Seluk lagi dalam bag, jumpa ni. Peppermint!

Ambil setitis, sapu dipipi dikawasan gigi sakit dan dab dab di gusi area denyutan berlaku.

Alhamdulillah, 2 minutes berlalu, denyut tu diganti dgn rasa kebas dan nyaman.

Lega!

Kalau tak, kena tanggung ajelah rasa denyutan itu.

Sebab tu korang kena ada bekal Peppermint ni ke mana sahaja korang pergi.

Love,

Puteri Nuur
Oiling with gratitude and love.


Saturday, February 13, 2021

Selesaikan masalah tak selesa perut dengan kombo ini

Korang pernah tak lambat makan, perut kosong, lepas tu rasa bloated dan kepala rasa fenin-fenin?

.

Lepas tu , kembung tu buat rasa nak throw out pun ada.
.


Bila kepala fenin-fenin rasa macam michelin tyre, gelembong berwarna putih. Kembung di perut, ditangan dan seluruh badan?
.

Sib baik ada dua ni. Sapu-sapu.
Then, sendawa. Kentut juga.
Eh, nikmat ya bila rasa macam ni.
.

Kalau tak memalam macam ni rasa tak selesa, macam mana nak buat? Musim skrg musim nak keluar rumah pun seram. Nak ke klinik fikir byk kali juga.
.

Sekarang ni non stop sendawa.
Rasa sangat lega.
Keluar angin atas bawah. 😁
.

Sebab tu korang kena spare dua botol ni kat rumah.
Alternatif nak legakan badan.
.
Korang tahu ke nama apa mereka berdua ni?


Love,

Puteri Nuur
Oiling with gratitude and love.

Friday, February 12, 2021

Kidscent Refresh & Kidscent T-Gize

 


Kidscent range adalah rumusan khas untuk anak-anak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Senang cakap, untuk budak sekolah rendah sebab bancuhan essential oil ini telah dicairkan dengan carrier oil. Selamat untuk disapu terus ke kulit anak-anak.

2 jenis Kidscent ini memang sentiasa ada dirumah saya.

Kidscent Refresh - saya gunakan untuk Lope dan Phia bila mereka sok sek sok sek. Sapu didada dan minta mereka hidu. Baunya segar. Selalunya saya akan gunakan sebelum tidur. Refresh ini R.C versi kanak-kanak umpamanya.

Kidscent T-Gize - bila perut bergelora dan meragam. Ada kaedah macam mana urutannya dan selepas disapu, selalunya Lope akan terkentut dan nampak kelegaan.

Muka lega dia tu is priceless. Orang non-verbal kan, nampak meragam sikit tahulah ada tak kenanya. T-Gize ni boleh dikatakan Digize versi kanak-kanak.

Alhamdulillah, lega. Sejak mengenali Young Living, masalah ringan seperti sok sek sok sek, perut bergelora boleh diatasi dengan kabinet EO mama sahaja. Sebab itu kenapa setiap rumah mesti miliki Young Living Essential Oils.

Love,

Puteri Nuur
Oiling with gratitude and love.


Thursday, February 11, 2021

Jom jadi ahli Young Living Malaysia Bersama #IncredibleOilyLife

 


Ini namanya aktiviti meracun sedang dijalankan.

.

Percayalah, sekali anda mengenali Young Living Essential Oils , NO TURNING BACK.
Ini tengah guide newbie enrol kawan dia.
.

Tiada soalan yang rasa macam "sorry kak, saya tak faham-faham" dengan saya.

Insya Allah, tanyalah banyak-banyak.
Lambat cepat saya akan jawab.

Dan, berada di level mana pun anda, Level 15 ke, Level 16 ke, kalau rasa nak PM dan tanya soalan, silalah sisthur.

I is okey.
I akan bantu dan guide tanpa prejudice dan tanya "siapa enroller you?"

Selamat datang ke #IncredibleOilyLife.

Nanti jangan lupa request masuk
IncredibleOilyLife - Sharing & Education
ya.
Kita belajar bersama-sama disitu.

Love,

Puteri Nuur
Oiling with gratitude and love.

Wednesday, February 3, 2021

Tebus Percuma Produk Young Living dengan Program Essential Rewards

Benda dapat free, buat apa nak beli.


.

Keperluan wajib Lope. Mandian dan shampoo. Dah 5 tahun Lope pakai hanya jenama ini untuk mandi dan shampoo. Di bilik mandi Lope, dua botol ini sentiasa ada. Mesra untuk kulit sensitif. Tiada campuran kimia merbahaya.

Paling best, kedua-duanya fr33.

Kalau korang beli sabun/shampoo bangsa organik begini di farmasi/kedai , botol besar macam ni kena bayar antara 50-100 juga, kan? Saya dapat free.

Free sebab tebus mata ganjaran Young Living sahaja.

Korang tebus produk apa?
Tak ada mata ganjaran?

Meh bisik-bisik dengan saya.
Kita ajar macam mana nak dapat mata ganjaran.

Love,

Puteri Nuur
Oiling with gratitude and love.

Tuesday, January 5, 2021

Ningxia Red + Sul4zyme

 



For overall wellness!
.
Regim pagi.

#NingxiaRed + #Sulfurzyme = lebih bertenaga, awet muda dan bye bye kepada segala mak nenek sakit urat.
.
.

Love,

Puteri Nuur
Oiling with gratitude and love.

Tuesday, February 18, 2020

9 Khasiat Jus OSELI Yang Mengagumkan!

Jus OSELI.  
OrenSeleriLimauNipis.
.
Pagi ini,saya kisar buah oren dan batang seleri untuk sarapan pagi. Sudah beberapa hari saya amalkan minum air kisar ini. Selepas dikisar halus, saya titiskan 2 titik Lime Essential Oil Flavouring untuk membangkitkan rasa. Tak payah nak perah-perah kan. Tiada gula ditambah.
.
Kenapa saya minum air kisar ini? Saya kongsikan khasiat kebaikannya.
.
9 Khasiat Jus OSELI Yang Mengagumkan

1. Kaya dengan sumber Vitamin C
2. Melancarkan penghadaman dan pencernaan
3. Anti keradangan
4. Menyingkirkan toksin dan kolestrol jahat
5. Membantu menurukan paras gula dalam darah
6. Menghalang pertumbuhan mikro-organisma
7. Baik untuk kesihatan mata & jantung
8. Baik untuk kesihatan jantung
9. Menstabilkan tekanan darah
.
Jom kita mula amalkan setiap hari.
.
Love,
Puteri Nuur
Oiling with gratitude and love.
Instagram : www.instagram.com/puterinuur.yleo  

Monday, October 8, 2018

Young Living Essential Oils Melegakan Kesan Sampingan Selepas Kimoterapi

MEMBERI - SATU NIKMAT KEPUASAN HATI.
****************************************************
.
Malam ini, saya ketemu makcik pengidap Barah Paru-paru. Saya hadiahkan buatnya Peppermint. Dia beritahu, kesan selepas Chemo sangat tidak selesa. Dia sering pening dan loya. Saya hadiahkan Peppermint padanya untuk membantu dia menangani ketidak selesaan selepas chemo. Bau pudina mampu menyegarkan. Saya ajar dia bagaimana untuk hidu Peppermint. Dia cakap kesan selepas chemo, panas. Katanya, mandi waktu pagi kalau boleh mahu duduk sahaja dibawah shower.
.
Dia juga ceritakan pada saya, hujung jarinya ada masa sudah terasa kebas-kebas. Saya bawakan juga Lemongrass. Lemongrass ini serai. Bagus untuk kita sapu pada urat - membantu mengurangkan rasa kebas. Makcik kata dia suka bau serai. Alhamdulillah.
.
Saya juga, hadiahkan padanya Lavender. Saya pesan padanya, ini untuk diffuse sebelum tidur. Untuk makcik rehat dan mendapatkan tidur yang terbaik.
.
Terakhir, saya bawakan khas dari US - Breathe Again. Ini memang khas digunakan jika makcik ada mengalami rasa tidak selesa untuk bernafas.
.

Image may contain: drink

Keempat-empat essential oils ini TIDAK MAMPU MENYEMBUHKAN BARAH. Apa yang saya cuba sedaya upaya adalah membantu makcik mengatasi ketidakselesaan yang dihadapi. Saya juga berjanji, insya Allah saya akan datang buatkan Raindrop Technique (RDT) padanya nanti.
.
Terima kasih pada support group #JomOiling yang membantu saya untuk membuat pemilihan oils tadi. Makcik ini saya hormat pada atas kebaikan dan kelembutannya. Saya doakan makcik dimudahkan urusan.
.
Nikmat memberi apabila kita tidak langsung mengharapkan sesuatu sebagai balasan. Puas. Memberi - satu nikmat kepuasan hati.
.
#incredibleoilylife


Korang nak tahu lagi banyak, boleh klik sini. tiny.cc/incredibleoilylife

Masa terbaik nak jadi ahli YL adalah SEKARANG!

  Untuk tindakan serta merta!   Sah sehingga 30 September 2022 aje tau. Sesekali aje Young Living Malaysia akan keluarkan MEO tau, jadi bila...