Berapa banyak
korang minum air setiap hari?
Memang jenis
suka minum air?
Atau minum bila
haus sahaja?
Ini adalah
petua pengiraan air kosong yang kita perlu minum.
Unit ml
= (40 X berat badan dalam kg) + 500 ml
Contoh
pengiraan:
Berat badan 75kg.
(40 X 75) + 500
= 3500 ml
Kalau berat badan
75kg, makanya air yang paling minimum perlu minum adalah 3500ml. Ini tak
termasuk kuah, sup dan air manis yang kita ambil, air kosong sahaja.
Kalau korang
sejenis yang suka minum air manis, maka kena ada tambahan lagi sekali ganda
dari apa air berperisa yang korang minum. Pendek kata, apa kata kita tak payah
minum air berperisa? Kalau nak minum pun kosong tanpa gula. Cubalah, sedap juga
dan pilihan yang lebih sihat.
Sebenarnya tak
susah untuk minum air kosong yang banyak. Kita Cuma perlu minum sedikit demi
sedikit setiap masa, kalau lupa – buat reminder. Sekarang ni ramai yang dah
pakai smart watch kan, selalunya smart watch dilengkapi dengan “drink-water-reminder”
– maka cubalah set setiap 30 minit untuk minum ke bergantung kepada kesesuaian.
Kadang kala, kalau kita ralit sangat pun boleh lupa sebab “badan” kita tak
minta nak minum melainkan kita terlampau haus.
Jangan lupa
juga untuk gunakan botol yang ada sukatan untuk kita tahu dah berapa banyak
kita minum. Contohnya, botol 500ml ke. Kalau perlu minum 3500ml , maka pastikan
dari buka mata pagi hingga kita tidur malam, kita genapkan 7 botol x 500ml air.
Kelebihan minum
air kosong semestinya banyak khasiat. Ini antara 7 khasiat yang kita akan dapat
bila kita minum air kosong.
- Kurang rasa lapar, secara automatik kita akan
kurang makan. Ini sangat yeay untuk kita.
- Kita supply air yang secukupnya untuk buah
pinggang. Buah pinggang ni bila ada air yang cukup dia akan proses seeloknya
lelemaks yang ada dibadan. Yeay juga!
- Senang nak lawas untuk aktiviti pembuangan. Apa
sahaja yang dibuang dalam proses ini adalah bagus sebab badan kita dah
keluarkan.
- Kita jadi lebih subur. Aiwah, macam nak bercucuk
tanam pun, kalau tanah tu kering macam mana kita nak menyemai, kan?
- Lancarkan sistem pencernaan kita – lebih senang
nak keluar peluh, nak membuang dan segala jenis bentuk pencernaan dibadan
- Kulit lebih cantik bila dah tak kering dan lembap
- Badan lebih segar dan sihat
Tapi, tapi, tapi..
Ikut saranan doctor
sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang yang
mana tidak boleh minum air yang banyak. Ok?
Dapat sesuatu
hari ini?
Oiling With Love & Gratitude,
Puteri Nuur At-Terawis