Bermula 1 Oktober 2017 dan berakhir pada 31 Disember 2017, Young Living menganjurkan satu pertandingan “Race To The Finish” untuk semua ahli Young Living di seluruh dunia. Siapa yang menang akan mendapat percutian ditaja ke Hawaii.
Saya juga mencuba nasib, namun rezeki memang tak lepas lah nak ke Hawaii. Heee. Tapi, masih ada rezeki lagi kerana untuk Malaysia Chapter, Young Living masih lagi bagi hadiah untuk 50 terbaik dari Malaysia. Rezeki saya, sangkut ditangga ke-38.
Alhamdulillah. Terima kasih, Young Living!
Hadiah yang saya menangi adalah berupa RM1,000 kredit yang boleh digunakan untuk tiket kapal terbang / hotel bagi menghadiri Young Living Asia Pacific Regional Convention 2018 (APAC) di Kuala Lumpur Convention Centre pada 23-25 Februari.
Memandangkan saya akan menghadiri APAC selama 3 hari, maka saya akan menyewa sebuah service apartment bilik 3 di sekitar KLCC. Tak jadilah nak tinggal di Traders Hotel dengan para peserta yang lain, sebab saya akan angkut LopePhia & Co. untuk sertai weekend gateaway nanti.
Nak sertai saya dan alami kebaikan minyak pati?